Thursday, 24 November 2011

PERKAMUSAN

DEFINISI
Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

Sunday, 13 November 2011

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Pengenalan

Struktur perpautan digunakan sebagai penuntun alur sebuah aplikasi  multimedia atau dapat pula dianalogikan sebagai diagram alur dalam  perancangan bahasa pengaturcaraan. Struktur ini berfungsi untuk  menggambarkan dengan jelas hubungan dan rantai kerja semua elemen yang  akan digunakan dalam aplikasi.  Dengan penggambaran struktur navigasi, pembuatan sebuah aplikasi boleh  sistematik dan mudah. Jenis struktur navigation dikumpulkan menjadi 4  struktur yang berbeza iaitu heirarki, komposit, linear dan rangkaian yang  mempunyai perbezaan dalam bentuk rangkaiannya.



1. STRUKTUR LINEAR

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

2. STRUKTUR HIERARKI


  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


3. STRUKTUR RANGKAIAN

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.
4. STRUKTUR KOMPOSIT
Ia merupakan struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Malahan, ia juga sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
4.1 Kesan kepada pelajar
  • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
4.2 Kepentingan akses struktur perpautan
  • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa sub-pautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.


 

Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.




Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara contoh-contoh jenis laman web adalah:


Pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini yang berkaitan dengan laman web pendidikan, sememangnya amat membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan yang eloknya perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.
Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah;

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
  • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
  • Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
  • Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
  •  Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video
  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
  • Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
  • Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
  • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
  • Animasi multimedia lebih kompleks.
  • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
  • Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.
Cara Membina Tapak Laman Web